SOALAN LAZIM

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Sila Klik Link untuk ke Pautan yang berkaitan dengan Soalan Lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan  (18 Mac hingga 31 Mac 2020)

 

Umum

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka telah disediakan secara online dan Laman Web Rasmi ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Umumnya, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian bawah setiap halaman.

Anda boleh menghubungi talian:-

Anda boleh menghubungi :-

Tel: 06-333 3333  Faks: 06-2326027

Email : pdtmt@melaka.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/pejabat.daerah.tanah.melakatengah

Maklumbalas boleh dimuat turun di laman Web PDTMT di Menu Perkhidmatan > Muaturun > Borang Maklumbalas Perkhidmatan dan fax kepada PDTMT ke 06-2326721 atau email kepada kami di alamat email: pdtmt@melaka.gov.my

Manakala aduan pula boleh dilayari di Portal SISPAA ( Sistem Pengurusan Aduan)

Cukai Tanah mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:

 

a) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai Cukai Sewa.

b) Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa    Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Tanah dan Daerah Melaka Tengah melalui Internet.

Khusus

a)   Bil cukai yang dipos merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memberi peringatan kepada setiap pemilik tanah di Negeri Melaka agar menjelaskan cukai tanah masing-masing.

b)   Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima dalam bulan Januari hingga April setiap tahun, Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk hadir membayar cukai tanah ke Pejabat Pentadbir Tanah atau tempat-tempat yang telah dikhaskan oleh Negeri.

c)   Pemilik juga boleh mendapatkan maklumat serta bil cukai tanah dengan menelefon ditalian 06-333 3333 (ext 5111/5112/5119). Pemilik tanah juga boleh membuat semakan cukai tanah menggunakan kad pengenalan sekiranya tidak  menerima bil.  

d) Pemilik perlu memastikan alamat surat-menyurat dan no. telefon sentiasa dikemaskini sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Kegagalan membayar cukai tanah akan mengakibatkan Borang 6A dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah mengikut Seksyen 97 & 98 Kanun Tanah Negara 1965. Sekiranya individu dan syarikat masih gagal membayar tunggakan dan denda lewat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyampaian Notis 6A, maka perintah pelucuthakan dibawah Seksyen 100 dan 130 akan diteruskan dimana pemilik akan kehilangan hak ke atas tanah kerana tanah tersebut telah menjadi Tanah Kerajaan.

a)   Cukai Tanah hendaklah dibayar pada 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun walaupun TIDAK MENERIMA BIL CUKAI. Bil dipos adalah inisiatif kerajaan Negeri bagi mengingatkan pemilik tanah tentang tanggungjawab mereka untuk membayar cukai tanah. Seksyen 93 & 94 KTN 1965 menyatakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah tanpa gagal.

b)  Cukai tanah yang tidak dibayar selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan pada tahun itu.

c)  Denda lewat akan dikenakan jika cukai tanah dibayar selepas 31 Mei setiap tahun.

a) Cukai Tanah BUKANLAH Cukai Pintu kerana Cukai Tanah

 - tertakluk kepada peruntukan dibawah KTN 1965 Manakala Cukai Pintu tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)..Namun kedua-dua kadar cukai tanah dan cukai pintu ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

b) Tunggakan cukai tanah boleh menyebabkan hartanah anda DIRAMPAS.

c) Tunggakan cukai pintu boleh menyebabkan bangunan anda DISITA.

a)   Pemilik berdaftar yang namanya ada di atas geran TETAPI

      wakil bagi pihaknya boleh membayar cukai tanah. Dengan kata lain cukai tanah hendaklah dibayar ke atas mana-mana tanah yang telah diberimilik kepada  pemilik berdaftar

 

b)     Pembeli Hartanah baru

    -  iaitu selepas perjanjian jual beli "Sales &  Purchase" (S&P) dimeterai di antara penjual dengan pembeli serta pindahmilik berlaku (pemilik baru perlu kemaskini alamat surat-menyurat di dalam bil cukai)

Maklumbalas boleh diberi melalui halaman Maklumbalas di atas. Sebarang pertanyaan, komen dan cadangan adalah dialu-alukan untuk mengisi ruang yang disediakan.

Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 5.00 ptg (rehat : 1.00 ptg -2.00 ptg)

Jumaat            : 8.00 pagi - 5.00 ptg (rehat : 12.15 t/hari - 2.45 ptg)

 

Cukai boleh dibayar di:-

a)  Kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 4.00 ptg (rehat : 1.00 ptg -2.00 ptg)

Jumaat            : 8.00 pagi - 4.00 ptg (rehat : 12.15 t/hari - 2.45 ptg)

 

b)  Kaunter UTC, Aras 5

Waktu Operasi :

Isnin - Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang

(rehat hari Jumaat : 12.15 t/hari - 2.45 ptg)

 

c)  Kaunter PBT - MBMB, MPHTJ, MPJ, MPAG

d)  Pejabat Pos dan BSN

Antara peranan atau fungsi PDTMT ini adalah sebuah agensi pemungut hasil/cukai kerajaan negeri, pentadbir dan perancang kepada pembangunan daerah secara menyeluruh, jabatan penghubung antara kerajaan melalui pelaksanaan dan penyelarasan serta projek kerajaan,bertanggungjawab memajukan taraf hidup sosio ekonomi rakyat, urusetia kepada perancangan dan pembangunan tanah daerah.

Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MelakaPay ataupun aplikasi mobil MelakaPay.