PROFIL KORPORAT  MENGENAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH (PDTMT)

MOTO & LOGO

K-MAS – Khidmat Mesra Anda Selesa

  • Huruf K – adalah singkatan kepada perkataan KHIDMAT yang menjadi fokus jabatan.  K (KHIDMAT) disampaikan dengan mesra untuk memberi keselesaan kepada pelanggan dengan harapan satu tindakbalas yang sama daripada pelanggan untuk mewujudkan suasana hubungan yang mesra dan selesa.  
  • Singkatan K ini juga adalah mengikut trend sekarang seperti K-EKONOMI, E-BOOK, E-DAGANG DAN SEBAGAINYA.
  • Ia juga melambangkan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan warga kerja dalam bidang ICT yang berkembang pada masa kini dan mencerminkan bahawa pejabat ini bersama-sama menyokong dan terlibat dalam era teknologi informasi dalam urusan seharian bagi menjanjikan perkhidmatan mesra pelanggan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang berurusan dengan pejabat ini.

Bentuk

  • Logo Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah adalah berbentuk permata. Bentuk ini melambangkan bahawa pejabat ini adalah sebagai satu tempat kerja yang amat berharga dan tinggi nilainya. Ketinggian martabat dan kedudukan pejabat ini perlulah dijaga dengan baik sebagaimana menjaga sebutir permata. Selain itu, ia turut menggambarkan keteguhan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah daripada semua segi yang ditunjukkan melalui empat penjuru permata tersebut. 

Moto

  • Di bawah perkataan PDTMT pada logo tersebut terletak moto Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah iaitu Khidmat Mesra Anda Selesa.

Peta Daerah Melaka Tengah

  • Peta yang terdapat dalam logo tersebut menunjukkan wilayah pentadbiran jabatan dan kawasan di bawah naungan pejabat ini.  Pulau Besar yang terletak di bawah pentadbiran ini juga ditunjukkan dalam logo tersebut.

Warna

  1. Warna Biru ditonjolkan mencerminkan kawasan laut yang terdapat dalam Daerah Melaka Tengah.
  2. Warna Kuning Keemasan melambangkan warna tanah iaitu sebahagian peranan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.
  3. Warna merah melambangkan keberanian dan semangat juang warga pejabat ini.
  4. Warna putih melambangkan keikhlasan hati setiap warga Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah dalam memberi perkhidmatan ke arah mencapai hasrat mesra pelanggan

Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT)      Kod Etika    Lagu Daerah Melaka Tengah    Latar Belakang    Fungsi Utama    Visi, Misi & Objektif    Strategi Jabatan    Bahagian & Unit 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-06-2016 :: 03:52 PM