PROFIL KORPORAT

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Memastikan prestasi pengemaskinian Profil Peribadi dan Profil Perkhidmatan HRMIS mencapai sekurang-kurangnya 99% dalam tempoh tiga (3) bulan;
  • Memastikan penyediaan baucer bayaran, pesanan kerja dan bil-bil tuntutan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
  • Memastikan segala urusan perkhidmatan pengurusan majlis dan keraian dilaksanakan dengan sebaik mungkin dalam tempoh 2 minggu sebelum program/majlis dijalankan.
  • Memastikan aduan  yang diterima diambil tindakan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja;
  • Memastikan aduan berkaitan ICT diberi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bekerja selepas diterima dan menyelesaikan aduan dalam tempoh tujuh (5) hari bekerja yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal; dan
  • Kemudahan pinjaman peralatan dan akses ICT disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima, tertakluk kepada ketersediaan peralatan/perisian tersebut.

Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan Daerah

  • Permohonan perbelanjaan peruntukan YB ADUN dan Ahli Parlimen yang lengkap diterima diproses dalam tempoh 15 hari bekerja;
  • Pembayaran bantuan bencana alam dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima dan;
  • Projek pembangunan dilaksanakan mengikut tempoh masa dan spesifikasi yang ditetapkan.

Piagam Pelanggan Unit Pelupusan Tanah

  • Permohonan Tanah Kerajaan (Selesai ke PTG) - 4 bulan;
  • Lesen Pendudukan Sementara (Selesai ke PTG) - 4 bulan;
  • Permohonan Rizab (Selesai ke PTG) - 4 bulan;
  • Pengambilan Tanah 3(1)(a) (Sehingga PTG) - 4 bulan;
  • Pengambilan Tanah 3(1)(b)/(c) - 4 bulan dan;
  • Permohonan Tanah Adat Melaka (MCL) - 5 bulan.

Piagam Pelanggan Unit Pembangunan Tanah

  • Serah Beri milik Semula (SBMS)(Selesai ke PTG) - 4 bulan;
  • Serah Sebahagian / Semua Tanah - 4 bulan;
  • Kebenaran Pindahmilik / Mencagar / Memajak (Selesai ke PTG) - 1 bulan;
  • Tukar Syarat Lain Kategori - 4 bulan;
  • Tukar Syarat Sama Kategori - 3 bulan;
  • Pecah Sempadan Tukar Syarat Syarat Serentak - 4 bulan;
  • Pecah Bahagian - 4 bulan dan;
  • Penyatuan Tanah - 4 bulan. 

Piagam Pelanggan Unit Pendaftaran

  • Pendaftaran Dokumen Urusniaga yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima;
  • Pendaftaran Dokumen Bukan Urusniaga yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima ;
  • Pendaftaran Catatan (Noting) berkaitan urusan atas tanah dan cukai dalam tempoh 3 hari bekerja; 
  • - Permohonan
  • - Kelulusan
  • Permohonan Perintah Jual sehingga siasatan pertama dalam tempoh 3 bulan.
  • Permohonan Carian Kegunaan Rasmi oleh Agensi /Jabatan:
  • - 3 hari -<10 hakmilik
  • - 7 hari -> 10 hakmilik

Piagam Pelanggan Unit Hasil

  • Memastikan juruwang di kaunter menerima bayaran dan cetakan urusan cukai tanah dalam masa 15 minit bagi setiap transaksi;
  • Mamastikan juruwang di kaunter menerima bayaran dan cetakan urusan perserahan dalam masa 20 minit bagi setiap transaksi;
  • Memastikan kemaskini maklumat cukai dibuat dalam tempoh 15 minit (bergantung kepada permasalahan) bagi setiap setiap transaksi;
  • Memproses permohonan ansuran dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan sebelum diangkat untuk kelulusan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian dan;
  • Memproses permohonan rayuan setelah dokumen lengkap diterima seterusnya penyediaan risalat untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum diserahkan kepada Unit MMKN, PTG.  

Piagam Pelanggan Unit Penguatkuasaan dan Teknikal

  • Menyelesaikan setiap urusan mengenai siasatan, laporan dan lain-lain urusan tanah dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penerimaan fail (tertakluk pada jumlah lot);
  • Menyelesaikan tindakan untuk catatan (charting) dan penyelesaian pelan hak milik sementara dalam tempoh masa 3 hari bekerja daripada tarikh penerimaan fail dan;
  • Menyediakan pelan untuk jualan kepada orang ramai dalam tempoh masa tidak melebihi 3 hari bekerja daripada tarikh pembelian.
PROFIL KORPORAT      Perutusan Pegawai Daerah    Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT)    Senarai Pegawai Daerah Melaka Tengah     Pengiktirafan     Exco Negeri Melaka    Carta Organisasi    Direktori Pegawai    Senarai Maklumat Berkaitan ADUN    Peta Lokasi    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2022    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2023    Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2024 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 15-05-2017 :: 11:05 AM