PROFIL DAERAH

LATAR BELAKANG

Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah merupakan salah sebuah jabatan di Melaka yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal tanah selain daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jasin dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah. Daerah Melaka Tengah yang meliputi kawasan seluas 357 km.persegi  merupakan fokus utama pihak pengurusan dalam membangunkan kawasan-kawasan tersebut selain menjaga kepentingan para pemilik tanah dan kerajaan negeri.

Pengurusan yang cekap dan mesra rakyat menjadi agenda utama Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai yang berurusan di pejabat ini.

Selain daripada itu, tumpuan utama juga diberikan kepada kutipan hasil yang dapat menjana ekonomi negeri secara amnya dan negara khasnya. Oleh yang demikian, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan tanah yang teratur dan sistematik supaya kemajuan daerah dapat diselaraskan dalam memenuhi matlamat serta misi kerajaan negeri dan slogan Pentadbiran Tanah iaitu Pentadbiran Tanah Pemacu Kemakmuran Malaysia Madani.

#BijakLaksanaTuah

#BeraniLaksanaJebat

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#MelakaRESPONSIVE

#MalaysiaMadani

#VisitMelaka2024

#KhidmatMesraAndaSelesa

Maklumat Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah

DAERAH
KELUASAN (KM.PERSEGI)
BIL MUKIM
BIL KAWASAN BANDAR
BIL KAMPUNG
MELAKA TENGAH
357 KM. PERSEGI
29
44
95

Peranan Utama

  1. Agensi pemungut hasil/cukai kerajaan negeri.
  2. Pentadbir dan perancang kepada pembangunan daerah secara menyeluruh.
  3. Jabatan penghubung antara kerajaan melalui pelaksanaan dan penyelarasan serta projek kerajaan.
  4. Bertanggungjawab memajukan taraf hidup sosio ekonomi rakyat.
  5. Urusetia kepada perancangan dan pembangunan tanah daerah.
     

Objektif

  1. Menyedia dan memberi perkhidmatan terbaik yang mesra pelanggan, responsif, sistematik dan berkualiti.
PROFIL DAERAH      Profil Daerah    Pentadbiran Melaka Tengah    Program 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-07-2023 :: 03:01 PM