DESTINASI MENARIK DI MELAKA TENGAH

Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

Fakta menarik mengenai Melaka yang anda harus tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),  Kuala Lumpur.

Melaka terletak di Pantai Barat Daya Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, Melaka bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.

Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah. Tempat bersejarah amat lah membosankan. Jikalau kita pelancong mungkin kita akan melawat dan pelajari mengenai sejarah Melaka seperti  Banda Hilir, Kota A’Famosa , Kota St. John , Gereja St. Christ dan sebagainya. Akan tetapi anda juga digalakkan untuk pelajari tentang sejarah Melaka untuk menimba ilmu pengetahuan.


FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE

Tempat Menarik Di Melaka

Pada 28 November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah telah dibuka kepada orang ramai.

Di fasa pertamanya, Freeport A’famosa Outlet Village telah menjangkau kira-kira 175,000 kaki persegi dan anda boleh membeli-belah sehingga anda puas.

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Dengan permandangan nya yang sangat menawan kerana struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.

Alamat:
Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm

Website: Freeport A’Famosa Outlet
Facebook: Freeport A’Famosa Outlet
Telefon: 06-552-8958


THE PIRATE ADVENTURE MELAKA

Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

Alamat:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
GPS: N 2.191 261 E 102.250 725

Masa Operasi:
Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm

Harga Tiket:
Dewasa : RM20 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM15.00 (MyKad) & RM20.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM15.00 (MyKad) & RM25.00 (Non-MyKad)

Telefon: 012-266 9374 / 012-266 9461 / 03-7877 2828
Website: Melaka Alive Official
Facebook: Official Melaka Alive


THE SHORE SKY TOWER

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Harga:
Dewasa: RM18.00
Kanak-Kanak: RM15:00

Website: The Shore Sky Tower
Facebook: The Shore Sky Tower
Telefon: 06 – 288 3833


MELAKA UPSIDE DOWN HOUSE

Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!

Alamat:
G12 & G14,
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,
75000 Melaka

Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm

Harga Tiket:
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM15.00

Website: Melaka Upside Down House
Facebook: Melaka Upside Down House
Telefon: 06 – 288 3833


STREET ART MELAKA

Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise. River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka. Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.

 


AUSTRALIA VILLAGE | MASBRO VILLAGE

Autralia Village atau lebih dikenali sebagai Masbro Village ini adalah tempat menarik di Melaka yang menjadi tumpuan. Kelihatan seperti sempit tetapi setiap unit rumah di sini sangat sesuai untuk percutian keluarga. Setiap rumah disini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang.

Kemudahan yang disediakan adalah serba lengkap. Diantaranya, ruang tamu lengkap dengan meja makan, sofa dan televisi. Dapur lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, cerek air dan kelengkapan dapur lain. Terdapat 2 tilam saiz Queen (tingkat atas) dan 1 tilam sofa (tingkat bawah) di dalam setiap unit. Dilengkapi juga dengan 2 tandas dengan pemanas air. Setiap unit adalah dielengkapi dengan penghawa dingin.

Alamat:
Lot 291, Batu 7/12,
Jalan Paya Rumput Indah,
Taman Paya Rumput Indah,
76450 Melaka, Malaysia

Harga:
RM280/unit/malam

Website: Masbro Village
Facebook: Masbro Village
Telefon: 013-3136872 (Mazlan)


HOMESTAY LIMASTIGA, UMBAI

Tempat menarik di Melaka yang seterusnya adalah di Homestay Limastiga. Ia nya terletak di Umbai. Dengan mengetengahkan konsep Kampung Melayu, suasana di tempat ini sangatlah terasa kita berada di kampung halaman. Homestay Limastiga dikategorikan sebagai percutian privasi kerana konsep yang diamalkan oleh mereka ada “Private Homestay” dimana anda digalakkan untuk menyewa seluruh kawasan untuk menginap di sini. Maka, ia amat sesuai untuk majlis privasi seperti hari keluarga atau majlis syarikat.

Alamat:
2046 Jalan Bukit Tembakau,
77300 Umbai, Melaka

Harga:
Anda boleh layari website Limastiga untuk maklumat mengenai harga pakej.

Website: Limastiga
Facebook: Limastiga
Telefon: 06-2832082


DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG

Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika anda bercuti di Melaka. Dataran 1 Malaysia ini terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah.

Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja di bina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ia nya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.

AKTIVITI DI DATARAN 1 MALAYSIA:

BERSANTAI DI PANTAI KLEBANG DAN DATARAN 1 MALAYSIA BERSAMA KELUARGA.

Anda boleh bersantai dan bermain bersama keluarga dan sahabat anda di Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia sambil menikmati permandangan pantai dan laut Selat Melaka.

MENUNGGANG KERETA KUDA

Anda dan keluarga serta sahabat boleh merasai pengalaman menunggang kereta kuda dengan menaikinya pusing keliling kawasan Pantai dan Dataran 1 Malaysia.


COCONUT SHAKE ORIGINAL KLEBANG

Coconut shake Klebang ini adalah antara tempat menarik di Melaka yang anda semua wajib pergi. Selain dari coconut shake, kedai ini juga mengediakan pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, kuih muih dan lain-lain. Ianya amat sesuai untuk seisi keluarga anda.

Alamat:
Klebang Original Coconut Shake,
231-1, Batu 3 3/4
Klebang, 75250, Melaka

Masa Operasi:
Tiap Hari: 10:00am – 06:30pm

Harga Coconut Shake:
Biasa: RM2.00
Special: RM2.50


BUSTEL KLEBANG MELAKA

Antara tarikan menarik di Dataran 1 Malaysia adalah Bus hotel ataupun dikenali Bustel. Deretan bas-bas lama yang diubah suai menjadi tempat penginapan pelancong yang menarik disusun kemas di Dataran 1 Malaysia.

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tilam, bilik mandi, meja, TV dan sebagainya. Bustel ini amatlah selesa dah sesuai untuk sesiapa yang menginginkan merasai pengalaman baharu menginap di dalam Hotel Bus atau Bustel.

Alamat:
Bustel Klebang Melaka,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka
No Telefon: 019-7414113

Harga:
Hari Biasa: RM80/malam
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: RM130/malam


MUZIUM KAPAL SELAM

Tempat menarik di Melaka yang terbaru adalah Muzium Kapal Selam. Ia nya adalah kapal selam yang sebenar.

Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang  dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.

Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini.

Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.

Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226

Alamat:
Muzium Kapal Selam,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka

Masa Operasi:
Hari Biasa: 09:00am – 05:30pm
Hari Hujung Minggu: 09:00am – 06:30pm

Harga Tiket:
Dewasa : RM 3.00
Kanak-kanak : RM 1.00


Tarikh Akhir Kemaskini :: 24-08-2019 :: 03:37 PM